word:)
MASA ITU KEHIDUPAN
Masa. Ramai orang bercakap tentang masa. Ada pepatah mengatakan “Masa Itu Emas”. Maknanya betapa mahalnya harga masa itu sehingga dinisbahkan dengan nilai emas. Jam di tangan kita, tidak kira samada di kiri atau kanan tangan kita akan sentiasa berdetik walaupun kita tidak menghiraukannya. Masa tetap berlalu.Dalam peperiksaan penting bagi seseorang pelajar pula masa menjadi ukuran samada pelajar itu berjaya dengan cemerlang ataupun tidak. Ya. Itulah masa. Amat penting di dalam kehidupan kita. Pepatah arab mengatakan al-waqtu hayah bermakna “masa itu kehidupan”. Setiap detik masa yang berlalu itulah kehidupan yang kita lalui di dunia ini. Manusia hidup lebih kurang 60 atau 70 tahun. Ada yang umur panjang sampai 80, 90 tahun. Tapi ada meninggal dunia semasa muda remaja 20an, 30an atau 40an. Walaubagaimana panjang atau pendek sekalipun umur yang manusia ‘spend’ di dunia ini ianya hanya sekejap jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat nanti.adakah kita asyik mengejar keseronokan dunia sahaja sehingga melupakan bekalan yang perlu kita bawa untuk ke akhirat kelak. Penulis menggunakan perkataan bekalan kerana kita di dunia ini adalah seperti pengembara yang singgah sekejap di kawasan rehat kerana untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan yang jauh
Bekalan apakah yang patut kita sediakan untuk perjalanan kita di negeri akhirat nanti? Tentulah banyak perkara yang boleh kita lakukan. Di antaranya ialah :
1)Menunaikan segala yang fardhu dan wajib ke atas diri kita seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya,
2)Berusaha melakukan perkara-perkara sunat seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah, menolong fakir dan miskin dll,
3)Memperbanyakkan membaca Al-Qur’an. Berusaha mengkhatamkan Al-Qur’an dalam masa sebulan. DAN LAIN-LAIN :)
*dI DUNIA NI HANYA TEMPAT PEERSINGGAHAN KITA SAHAJA*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment